Tuesday, 22 May 2012

Mee Bandung

Hari2 makan mee bandung...ha..ha..haa....

 Mee Bandung
 --------------------

 Untuk beberapa tahun, Ahmad Dali telah mengadakan hubungan sulit
 dengan orang gajinya, Sutina ...  Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
 Dali yang dirinya mengandung ...

 Ahmad Dali yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah
 mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
 melahirkan anak mereka di sana ...


 Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut
 sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

 Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Dali menyuruh
 Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
 perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir
 nanti .. Ahmad Dali akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
 anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

 Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Dali pulang dari
 kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Dali dengan muka yang
 keliru ...

 "Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

 "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
 kata Ahmad Dali.

 Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Dali dan melihat
 Ahmad Dali membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Dali
 bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

 Poskad itu berbunyi ...

 "Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2
 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

No comments:

Post a Comment