Saturday, 27 October 2012

JALAN YANG PALING SIBUK DILUAR KUALA LUMPUR: SEREMBAN – KUALA PILAH


Assalam mu'alaikum wr wb.

Ingin sekali saya mencoret sedikit pandangan... sekiranya dalam telahan Para Pembaca /Tuan/Puan berguna, kita sama-sama praktikkan; sekiranya tidak, mohon diabaikan... atau keutarakan pembaikan.

Saya menggunakan Jalan Seremban-K.Pilah setiap hari bekerja semenjak 16 tahun yang lalu.  Petang (lebih kurang jam 6.50 ptg) semalam(Khamis ) laluan ke Seremban dari Bandar K.Pilah ke Seremban cukup tenang, sehingga sampai Tanjung Ipoh, diperhatikan kenderaan dari Seremban sudah mula banyak tetapi masih lancar.

Sampai saja di jambatan bailey lencungan pertama di Sek Keb Ulu Bendul kenderaan2 dari Seremban sudah mula beratur and terhenti-henti.  Saya teruskan perjalanan, di jambatan bailey kedua pula kenderaan2 terus tidak begerak tetapi laluan saya ke Seremban lancar walaupun pelahan. Begitu juga dengan jambatan bailey ketiga di Jeram Ulu Bendul kenderaan2 terus terhenti.  Kenderaan2 yang terhenti dari Ulu Bendul tadi sehinggalah ke Petronas Pancor, sepanjang jalan.

Walhal, saya perhatikan kenderaan dari Seremban tadi, selepas saja Sek Keb Ulu Bendul tidak pula terhenti-henti, lancar dan tenang sehingga K.Pilah...

Fakta, Komen dan Analisa saya:-

1. Kebanyakan pemandu terlalu berhati-hati bila saja sampai di ketiga2 jambatan bailey sementara tadi sehingga ada yang berhenti sebaik2 saja tayar kereta mereka  mencecah lantai besi jambatan yang kebetulan tinggi sedikit dari paras jalan sebelumnya.  Sementelahan di jambatan Jeram Ulu Bendul yang mana permukaan jalan tidak rata dan berlopak sebelum dan selepas jambatan tersebut;

2.  Sepatutnya perjalanan dari Seremban (persimpangan Senawang/Lebuhraya LEKAS) ke K.Pilah sejauh 30 km dengan kelajuan 80 km/j yang konsisten akan mengambil masa 22:30 minit;

3. Dengan adanya 3 jambatan tersebut, 2 lampu isyarat di Tanjung Ipoh dan satu lagi di persimpangan Ampang Tinggi, saya anggarkan pemandu2 yang teramat berhati-hati  tadi mengambil masa 30 saat atau lebih untuk melintasi disetiap jambatan manakala 1:30 minit berhenti terus disetiap lampu isyarat (buat masa ini kita abaikan dua lampu isyarat di Tanjung Ipoh yang mana jarang berfungsi  disebelah petang dan malam). Jadi kita tambah 30 saat + 30 saat + 30 saat dan tambah 1:30 minit = 3 minit. Tambahkan ke 22:30 = 25:30, inilah waktu yang sepatutnya diambil untuk memandu dari Seremban ke K.Pilah ( tidak termasuk memperlahankan kenderaan untuk beri laluan kereta keluar simpang, masuk simpang, melalui kawasan sekolah dan sebagainya).
Summary:  

Driving time  from Seremban to K.Pilah - 30 km



1
Travelling at 90km/hr
 20.00
min
2
Travelling at 80km/hr
22.50
min
3
Travelling at 70km/hr
25.71
min
4
Travelling at 60km/hr
30.00
min
5
Travelling at 50km/hr
36.00
min

4.  Oleh kerana ada segelintir pemandu yang terlalu perlahan atau pun terlalu cermat, maka perangai sebegini (yang menjana reaksi negatif) akan memperlahankan semua pemandu2 dibelakang mereka. Mereka ini mungkin tidak sedar yang mereka telah  mengakibatkan “chain-reaction effect’ seterusnya kesesakan yang tak sepatutnya berlaku (kecuali ada kemalangan, lori sarat yang pelahan atau traktor ketika itu).  Pemandu2  semua perlu ingat, dengan jarak 30 km dari Seremban ke K.Pilah, jalan yang paling sibuk ini hanya boleh memuatkan sebanyak 6,500 buah kenderaan berukuran purata 4.0 meter panjang dengan jarak 0.5 meter diantara satu dihadapan dengan yang dibelakang, pada satu waktu.

Ringkasan Fakta dan Anggaran


1
Jarak Seremban - Kuala Pilah
30
km
2
Jangka masa perjalanan pada kelajuan 80km/jam
22.30
minit
3
Jangka masa perjalanan pada kelajuan 70km/jam
25.71
minit
4
Jangka masa perjalanan pada kelajuan 60km/jam
30.00
minit
5
Jangka masa perjalanan pada kelajuan 50km/jam
36.00
minit
6
Bilangan kereta kalau diatur dari Seremban ke Kuala Pilah
6500
kereta
7
Bilangan penduduk Kuala Pilah & Jempol
181,300
orang
8
50% dari jumlah penduduk tinggal & kerja diluar daerah
90,650
orang
9
60% dari mereka mempunyai kereta
54390
kereta
10
Hanya 60% pulang untuk beraya di kampung pada satu masa
32634
kereta
11
Lebihan kereta yang tidak dapat ditampung  pada satu-satu masa
26134
kereta





5.  Manakala, penduduk Kuala Pilah dan Jempol (tidak termasuk mereka yang pulang ke Triang, Bera dan tempat-tempat lain di Pahang menggunakan laluan yang sama) dianggarkan seramai 181,300 orang (statistic 2010) yang mana sekurang2 setiap rumah ada 2 orang anggota rumahnya atau lebih mudah, 50% daripada jumlah penduduk tersebut yang bekerja diluar daerah seperti di Seremban, Nilai, Port Dickson, Kuala Lumpur, Kelang, Shah Alam dan tempat2 lain.  Ini bermakna 90,650 orang yang tinggal diluar daerah dan kita anggarkan lagi 60% dari mereka itu mempunyai kereta.  Ini diterjemahkan kepada 54,390 kenderaan.  Demi untuk berlaku adil bagi kiraan setepat yang mungkin, kita andaikan hanya 60% daripada yang berkereta itu pulang menyambut Aidil Adha hari ini, maka jumlah kenderaan yang akan menggunakan Jalan Seremban – K.Pilah ialah sebanyak 32,634 kenderaan!  Dengan jumlah ini, pernah berlaku kesesakan dari Kuala Pilah sehingga Senawang!

6.  Akibatnya, dengan kenderaan sebanyak 32,634 buah (5 kali ganda) dengan jalan yang hanya boleh muatkan 6,500 kenderaan pada satu masa dan sikap terlalu cermat pemandu menjadikan Jalan Seremban – K.Pilah sesak setiap hujung minggu dan musim perayaan. 

7.  Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?  Selain daripada usaha kerajaan untuk melebarkan dan meluruskan dari Ulu Bendul ke Kuala Pilah yang mungkin siap 2 -3 tahun lagi, usaha mengelak kesesakan banyak bergantung kepada usaha Pemandu-pemandu sendiri.   Dan Kerajaan Negeri / Persekutuan perlu rancang dan buat by-pass atau lencongan di Kuala Pilah supaya kenderaan tidak lagi perlu masuk ke Bandar Kuala Pilah.  Ini adalah salah  satu punca utama kesesakan. 

Waktu
Nombor daftar ganjil
Nombor daftar genap
Anggaran jumlah kenderaan
5:00
Subuh
1

        1,632
6:00
Subuh

2
        1,632
7:00
Pagi
3

        1,632
8:00
Pagi

4
        1,632
9:00
Pagi
5

        1,632
10:00
Pagi

6
        1,632
11:00
Pagi
7

        1,632
12:00
Tengahari

8
        1,632
13:00
Tengahari
9

        1,632
14:00
Petang

10
        1,632
15:00
Petang
11

        1,632
16:00
Petang

12
        1,632
17:00
Petang
13

        1,632
18:00
Petang

14
        1,632
19:00
Senja
15

        1,632
20:00
Malam

16
        1,632
21:00
Malam
17

        1,632
22:00
Malam

18
        1,632
23:00
Malam
19

        1,632
0:00
Malam

20
        1,632
Jumlah



      32,640

8.  Masih ada jalan penyelesaian  sementara projek lebarkan jalan di Ulu Bentul siap sepenuhnya.  Kita cuba agihkan 32,634 kereta tadi kepada  20 waktu perjalanan, sepertimana yang disyorkan oleh Plus di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan.. Kereta yang berdaftar nombor genap (sila lihat bagaimana mengira nombor pendaftaran dilampiran) kumpulan pertama akan berlepas seawall pukul 5.00 subuh diikuti dengan kereta berdaftar genap berlepas pada pukul 6.00 subuh dan seterusnya sehingga pukul 12.00 tengahmalam.  Kita masih sempat   mencubanya bila kita pulang dari percutian pada Ahad ini.

CONTOH PENGIRAAN NOMBOR GENAP DAN GANJIL 
NAB
636
6+3+6
15

15
Ganjil
NBK
6335
6+3+3+5
17

17
Ganjil
NCA
3546
3+5+4+6
18

18
Genap
NCB
6677
6+6+7+7
26
2+6
8
Genap
WNT
7777
7+7+7+7
28
2+8
10
Genap
MY
1213
1+2+1+3
7

7
Ganjil
BCW
15
1+5
6

6
Genap
BHU
9087
9+0+8+7
24
2+4
6
Genap
APG
3449
3+4+4+9
20

20
Genap
Nota 1: Kiraan sehingga 20




Nota 2: Untuk menampung sebanyak 32634 kenderaan yang pulang pada musim perayaan




9.  Bukan sahaja kita cuba kaedah ini waktu pulang ke KL, Shah Alam atau Nilai Ahad ini sahaja malahan setiap kali ke pulang ke Kuala Pilah dan Jempol dengan cara agihan waktu perjalanan mengikut nombor kereta genap dan ganjil, begitu juga bila pulang semula ke KL dan tempat-tempat lain.

10.  InsyaAllah kita cuba Ahad ini….



No comments:

Post a Comment