Wednesday, 15 May 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan - Suatu Keajaiban Yang Wajib Kita Tahu!


Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya kita memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri kita kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukan. Apa-apapun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepatlah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenarnya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

Sunday, 5 May 2013

Selamat Mengundi...

Selamat, sejahtera dan aman damai semoganya Malaysia dengan mengundi pemimpin-pemimpin dan parti-parti yang betul-betul memahami susunan dan kehendak masyarakat Malaysia, susur-galur terjadinya Malaysia dan bagaimana mengatur masa depan Malaysia...